Kejohanan Merentas Desa
Tue, 27 Jun
|Kuala Lumpur


Time & Location
27 Jun 2023, 7:00 pm – 28 Jun 2023, 7:00 pm
Kuala Lumpur, 31, Jalan Melawati 5, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
About the Event
Pada tanggal 27 Jun 2023, SMK Taman Melawati (SMKTM) telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Acara merentas desa telah bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi.
Pada jam 7.30 pagi, semua murid telah diarahkan untuk berkumpul di padang sekolah mengikut rumah sukan masing-masing, iaitu Pahlawan, Perkasa, Pendekar, Panglima, dan Perwira. Kategori yang dipertandingkan ialah kategori Guru dan PIBG, P1,P2,P3,L1,L2,L3 dan Pendidikan Khas (PPKI).
Selepas acara berakhir, program diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pengawas BADAR, iaitu Saudara Muhd Khairi bin Muhd Faizal. Encik Amir Alzahari bin Mohamed selaku YDP PIBG SMKTM telah menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato’ Adham Malekk Muhaiddin selaku Pengerusi Persatuan Alumni SMKTM kepada para pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Acara kemuncak ialah pengumuman juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Rumah Pendekar telah dinobatkan sebagai johan, manakala Rumah…