top of page

Kejohanan Sukan dan Balapan

Tue, 18 Jul

|

Kuala Lumpur

Kejohanan Sukan dan Balapan
Kejohanan Sukan dan Balapan

Time & Location

18 Jul 2023, 8:00 am – 2:00 pm

Kuala Lumpur, Jalan 6/27a, Wangsa Maju, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

About the Event

Pada 18 Julai 2023, iaitu hari Selasa, telah berlangsungnya Kejohanan Sukan dan Balapan SMK Taman Melawati yang bertempat di Kompleks Sukan Setiawangsa. Guru-guru dan murid telah berkumpul di kompleks tersebut seawal jam 7.30 pagi.

Kejohanan telah dimulakan dengan acara perbarisan oleh setiap rumah sukan pada pukul 7.50 pagi. Setiap rumah sukan menampilkan kreativiti dan semangat yang luar biasa. Seterusnya, bacaan doa telah dipimpin oleh Pengawas BADAR, iaitu Ahmad Naufal Airil bin Mohd Zamri. Majlis  diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ikrar Kejohanan yang telah diketuai oleh Wan Ahmad Hakimi bin Wan Mohd Zulkifli. Majlis turut diserikan dengan ucapan Puan Mona Asifah binti Abdullah, PK Pentadbiran. Perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Encik Amir Alzahari bin Mohamed selaku YDP PIBG SMKTM.

Kejohanan Sukan dan Balapan ini diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan juga pengumuman kedudukan keseluruhan bagi setiap rumah. Pada tahun ini, Rumah Pendekar telah menjadi juara keseluruhan kejohanan. Tahniah diucapkan!

Laporan disediakan oleh :

Marjaan binti S. Anuar @ Shaiful Anuar

5 Al-Rusyd

Share This Event

bottom of page