Majlis Perasmian Bulan Akedemik dan Kebangsaan
Mon, 21 Aug
|Kuala Lumpur


Time & Location
21 Aug 2023, 8:30 am – 12:10 pm
Kuala Lumpur, 31, Jalan Melawati 5, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
About the Event
LAPORAN MAJLIS PERASMIAN BULAN AKADEMIK & BULAN KEBANGSAAN
Pada hari Isnin, tanggal 21 Ogos 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati telah mengadakan Majlis Perasmian Bulan Akademik Dan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah. Majlis perasmian ini diadakan untuk memaklumkan kepada murid tentang pertandingan-pertandingan yang akan diadakan sepanjang Bulan Kebangsaan berlangsung. Pertandingan yang diadakan mampu memupuk semangat patriotik dan menarik minat murid serta mencungkil bakat baharu melalui pertandingan tersebut.
Para murid dan guru telah berkumpul di Dataran Perdana seawal pukul 7.30 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Aiman Nurqayyum Bin Hairil Anwar. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan guru yang bertugas pada hari tersebut iaitu Puan Arina Binti Samsudin. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengetua Cemerlang SMKTM iaitu Encik Jagdave Singh a/l Avtar Singh seterusnya merasmikan majlis tersebut bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, iaitu Encik Mohd Salmi Bin Rosli dan Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Mariza Binti Mat Hussin. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan gimik Sambutan Bulan Akademik dan Kebangsaan serta bacaan doa sebagai penutup majlis. Murid-murid memaparkan pelbagai reaksi yang teruja dan seronok sepanjang majlis berlangsung.
Laporan disediakan oleh,
AZZALEA BINTI AHMAD AZRAI
3 AL-RUSYD