Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Sekolah 2023
Mon, 17 Apr
|Kuala Lumpur


Time & Location
17 Apr 2023, 7:30 am – 12:30 pm
Kuala Lumpur, 31, Jalan Melawati 5, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
About the Event
LAPORAN MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN SEKOLAH 2023
Pada hari Isnin, 17 April 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Badan-badan Kepimpinan dengan jayanya. Majlis ini diadakan sewaktu perhimpunan rasmi bertempat di Dataran Perdana untuk memberikan pengiktirafan kepada para pemimpin sekolah yang terpilih bagi menjalankan tanggungjawab mereka terhadap sekolah.
Majlis ini dimulakan pada pukul 7.30 pagi dengan persembahan silat oleh kumpulan Seni Silat Gayong seterusnya perarakan masuk barisan badan kepimpinan. Perarakan masuk didahului oleh Badan Pengawas Sekolah, diikuti oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas BADAR, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Koperasi, Pengawas SPBT, Pengawas Kesihatan dan Badan Pengerusi Kelas.
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ayat al-Quran berserta terjemahannya oleh wakil pengawas BADAR. Seterusnya, Encik Jagdave Singh a/l Avtar Singh, Pengetua Cemerlang SMK Taman Melawati dan juga Inspektor Abdul Mutalib bin Wab@Wahab, Ketua Balai Polis Taman Melawati merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah telah memberikan ucapan.
Kemudian, barisan pentadbir…